New World nafi permainan itu mengakibatkan GPU rosak

- Advertisement -

Permainan yang dibangunkan oleh Amazon Game Studios, New World sekali lagi dikatakan menjadi punca kepada ‘kerosakan’ kad grafik keluaran Nvidia GeForce.

Berdasarkan satu laporan portal terkemuka untuk teknologi dan permainan menyatakan bahawa terdapat sebahagian pemain judul itu yang mengalami kerosakan kekal untuk kad grafik mereka sehingga tidak boleh digunakan lagi.

New World yang baru dilancarkan beberapa minggu lalu di platform dagang permainan menampilkan konsep permainan MMO atau ‘Massive Multiplayer Online’ menggunakan enjin Amazon Lumberyard.

Maklumat yang diperoleh berhubung punca kerosakan kad grafik pengguna adalah daripada pengaturcaraan permainan itu yang tidak membenarkan kadar bingkai sesaat (FPS) ditetapkan untuk satu kadar saja.

Akibatnya, kad grafik pengguna akan bekerja secara berlebihan sehingga menghasilkan suhu panas sebelum ada dalam kalangan pengguna yang mendakwa kad grafik mereka rosak akibat prestasi yang tidak menentu berkenaan.

Laporan daripada portal PCGamer menyatakan bahawa terdapat kes kad grafik yang rosak daripada jenama terkemuka bagaimanapun tiada data empirikal untuk menyokong dakwaan berkenaan.

Pembangun permainan itu menafikan dakwaan berkenaan seperti yang didakwa beberapa portal utama dan sudah melancarkan kemas kini baharu untuk membolehkan kadar FPS itu ditetapkan pada suatu had saja.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat