Desktop kelas permainan siri MSI Mag Infinite

- Advertisement -

Memiliki sebuah desktop kelas permainan sememangnya menjadi impian setiap pengguna atau penggemar permainan video kerana ia dapat memenuhi masa dengan bermain sekali gus meredakan tekanan.

Bagaimanapun, terdapat juga dilema antara membina set desktop kelas permainan sendiri atau membeli secara siap daripada mana-mana jenama terkemuka.

Jenama kelas permainan terkemuka, MSI menawarkan set desktop kelas permainan mampu milik menerusi siri Mag Infinite 11TC Gaming Desktop yang menawarkan penggunaan kad grafik Nvidia GeForce RTX 3060.

Menerusi siri berkenaan, Mag Infinite menawarkan kuasa pemproses Intel Core i5 Generasi Ke-11 iaitu 11400F bersama-sama padanan memori (RAM) 8GB DDR4 dengan frekuensi 3200MHz.

Sistem storan pula menggunakan 512GB PCIe Gen3x4 M.2 SSD bersama jaminan tiga tahun kepada pengguna jika berdepan dengan sebarang masalah.

Pembelian siri Mag Infinite itu juga turut disertakan dengan skrin paparan kelas permainan MSI G271 dan set perkakas seperti papan kekunci dan tetikus secara percuma.

Siri Mag Infinite itu memboleh pengguna hanya perlu memasang kabel dan terus bermain atau ‘Plug N Play’ tanpa perlu memasang sebarang perkakas.

Tanda harga yang ditawarkan untuk siri berkenaan adalah RM6,399 dan pembelian boleh dilakukan di mana-mana kedai rasmi MSI tanpa sebarang masalah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat