Tidak Pilih Kasih Isu Kuarantin, Tak Semua Daerah Di Sabah Zon Merah – Dr Noor Hisham

- Advertisement -

PUTRAJAYA- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak mengamalkan sikap pilih kasih melaksanakan perintah kuarantin terhadap individu yang pulang dari Sabah.

Ia tetap sama dengan arahan yang telah dikeluarkan kepada jemaah tabligh Masjid Sri Petaling pada Mac lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Bagaimanapun, bukan semua tempat di Sabah adalah zon merah dan bukan semua rakyat di negeri itu telah terdedah kepada virus Covid-19.

Masih terdapat zon hijau di negeri itu, katanya.

“Kita tidak mengamalkan sikap pilih kasih di antara mereka yang baru pulang dari Sabah dengan jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling.

“Jemaah tabligh yang berkumpul di Masjid Sri Petaling ketika itu telah terdedah kepada kes-kes yang berisiko dan sah positif Covid-19.

“Sedangkan bagi individu yang baru pulang dari Sabah ada dalam kalangan mereka yang terdedah (kepada jangkitan Covid-19) dan ada yang tidak terdedah, (tambahan pula) hanya empat daerah sahaja di Sabah yang terdedah tetapi masih banyak yang berada dalam zon hijau.

“Kami tidak double standard. Apa yang menjadi standard KKM selama ini contohnya Sri Petaling adalah zon merah, apakah KKM perlu pastikan semua yang berada di Kuala Lumpur wajib disaring apabila keluar dari Kuala Lumpur dan sekiranya mereka disahkan negatif, mereka tetap wajib menjalani kuarantin di rumah?

“Kami tidak pernah buat begitu. Selama ini, KKM cuma menyaring dan mewajibkan kuarantin kepada mereka yang terdedah kepada kes positif (kontak rapat) manakala bagi yang terdedah kepada kes positif tetapi mereka sendiri disahkan negatif, kami tetap kuarantinkan.

“Mereka yang berkumpul di Masjid Sri Petaling telah terdedah kepada kes positif maka kita saring dan kuarantinkan selama 14 hari.

“Tetapi bagi mereka yang tidak terdedah kepada kawasan tersebut contohnya warga Sri Petaling tetapi di kawasan lain (bukan Masjid Sri Petaling atau tidak menghadiri perhimpunan tabligh), apakah kita saring mereka?

“Selepas itu, apabila keputusan mereka negatif, apakah kami kuarantinkan mereka?” jelasnya panjang lebar semasa sidang media Covid-19 di Ibupejabat KKM hari ini.

Tambah Noor Hisham, KKM mewajibkan saringan Covid-19 dibuat ke atas semua individu dari Sabah yang tiba di semua pintu masuk domestik dan antarabangsa sebagai langkah survellan berikutan kes yang semakin meningkat.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian setakat ini, kadar kes positif individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah masih belum banyak, katanya.

Dengan itu, KKM menurut beliau akan menunggu untuk tempoh dua minggu lagi bagi memantau kes-kes positif dalam kategori tersebut. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat