Ahmad Zahid ‘Spot Check’ Pembinaan Masjid Tuminah Hamidi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa melawat tapak binaan Masjid Tuminah Hamidi.

Presiden UMNO itu mengadakan lawatan mengejut meninjau perkembangan pembinaan Masjid Tuminah Hamidi di Bagan Datuk.

Ahmad Zahid dalam ciapan Twitternya mencatatkan “selepas solat Jumaat lakukan lawatan bersama ADUN Hutan Melintang, Datuk Khairuddin Tarmizi dan ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya ke Masjid Tuminah Hamidi di Bagan Datuk”.

Untuk rekod, mercu tanda baru bakal muncul di Bagan Datuk iaitu kompleks masjid terapung yang akan dibina berhampiran Sungai Perak, dikenali sebagai Kompleks Masjid Tuminah Bagan Datuk.

Pembinaan kompleks masjid berharga RM38 juta ini bermula April 2017 .

Masjid ini mampu menampung 5,000 jemaah, dilengkapi dengan kemudahan ruang solat utama, Klinik Al-Quran, Dewan Serbaguna dan Dataran Awam di dalam pekarangan masjid.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat