Sumbangan RM9 Juta Untuk Masjid, Pusat Tahfiz Bukan Zahid – Saksi

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Salah seorang saksi menjelaskan kepada Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, sumbangan yang diberikan kepada Yayasan Akalbudi adalah bertujuan untuk pembinaan masjid dan pusat tahfiz.

Saksi ke-73, Pengarah MyEG Service Bhd (MyEG), Datuk Mohd Jimmy Wong Abdullah ketika menjawab soalan pihak pendakwaan turut menegaskan wang tersebut adalah miliknya.

Ketika menjawab soalan pendakwaan beliau bertegas menyatakan tidak ada sebarang bayaran dari MyEG kepada mana-mana pihak seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Saksi turut menjelaskan sumbangan tersebut adalah merupakan wang miliknya dan bukan dari MyEG.

“Itu adalah duit saya yang disedekahkan untuk pembinaan masjid. Tidak ada sebab-sebab lain.

“(Pemberian sumbangan) bernilai RM9juta itu untuk membina sebuah masjid di Melaka dan pusat Tahfiz Muhamadiah, jelasnya.

MyEG sebelum ini didakwa memberi suapan kepada Ahmad Zahid dengan memasukkan wang sejumlah RM9 juta kepada Tetuan Lewis & Co, pemegang amanah Yayasan Akalbudi.

Pada 19 Oktober dan 14 Disember 2018 serta 20 Februari tahun ini, Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, terhadap 47 pertuduhan, 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,559FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat