Kes Covid-19 Membimbangkan, Meningkat Selari Dengan Kes Seluruh Dunia – Dr Noor Hisham

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Trend peningkatan kes di negara ini sejak beberapa hari lalu membimbangkan Kementerian Kesihatan kerana ia selari dengan pertambahan jumlah kes dan kematian COVID-19 di seluruh dunia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes COVID-19 di dunia pada masa kini sudah mencecah 34.2 juta dan jumlah harian menunjukkan kenaikan iaitu sekitar 309,000 berbanding sebelumnya kira-kira 302,000.

“Daripada 287 kes baharu yang dicatatkan di Malaysia pada hari ini, 128 adalah daripada Kluster Tembok yang membabitkan sebuah penjara di Kedah.

“Daripada baki 159 kes pula, 113 kes dikesan di Sabah membabitkan kluster sedia ada di empat daerah yang kini sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB).

“Diharapkan tindakan menjalankan PKPDB, pelaksanaan Kawalan Rentas Daerah di seluruh negeri Sabah yang akan berkuat kuasa mulai jam 12:01 malam ini sehingga 16 Oktober akan mengawal dan mengurangkan jumlah kes di negeri itu,” katanya dalam sidang media COVID-19 di sini hari ini. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat