Yayasan Keluarga Zahid Sumbang Pusat Islam Untuk Maahad Hamidiah

- Advertisement -

KAJANG – Warga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah menzahirkan rasa syukur diatas kemurahan hati Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Siti Ainiza Kamsari melalui laman Facebook berkata hasil sumbangan yang diberikan, pihak sekolah berjaya mendirikan sebuah pusat Islam dengan pelbagai kemudahan.

“Allahu Akbar! Allahu Akbar! Ketika ini sedang berlangsung satu peristiwa bersejarah buat kami, iaitu warga dan bekas pelajar SMKA Maahad Hamidiah Sungai Ramal Luar Kajang Selangor.

“Alhamdulillah, beliau menginfakkan sumbangan yang bukan sedikit bagi menjayakan pembinaan sebuah Pusat Islam untuk sekolah yang bertuah ini.

“Walaupun perancangan dan pembinaannya agak mengambil masa namun akhirnya tersergam indah dengan rona putih sebagai lambang kesucian Islam, agama yang diredhai Allah,” katanya sebentar tadi.

Siti turut berkata kemurahan hati Zahid telah menyebabkan hasrat sekolah untuk memiliki pusat Islam sendiri berjaya direalisasikan

“Maka sejarah tercipta dan lebih manis apabila pertama kali Solat Jumaat akan (telah) didirikan di Pusat Islam yang baharu ini sebentar lagi.

“Terima Kasih atas kemuliaan tuan menjadikan Pusat Islam ini akhirnya satu realiti! Moga Allah sahaja akan membalasnya dengan sebesar-besar ganjaran,”

Sementara itu, Zahid melalui laman Facebooknya berkata pembinaan pusat Islam itu adalah merupakan sumbangan Yayasan milik keluarganya.

“Merasmikan Surau Al-Hamidiah di Kajang sebentar tadi, yang disumbangkan oleh Yayasan keluarga untuk kegunaan pelajar SMKA Maahad Hamidiah dan masyarakat di sana. #yayasanmulikanIslam,” tulisnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat