Zahid hantar notis singkir Azhar Harun dan lantik Azalina?

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikatakan telah menghantar satu usul bagi menyingkir Yang Di Pertua Dewan Rakyat (Speaker) sekarang, Datuk Azhar Azizan Harun dan digantikan dengan sekutu rapat beliau Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menurut sumber, notis usul berkenaan telah dibuat di bawah Perkara 26 (1) dan Perkara 27 (3) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan dihantar kepada Setiausaha Dewan Rakyat pada 30 Ogos 2021

Difahamkan Ahmad Zahid yang juga merupakan Presiden Umno mahu mencalonkan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai speaker yang baharu.

Azalina merupakan sekutu rapat Ahmad Zahid dan antara kumpulan 15 orang ahli UMNO yang menarik sokongan kepada Muhyiddin Yassin awal bulan lepas. Sebelum ini terdapat khabar angin Azalina akan dilantik dalam kabinet baharu Ismail Sabri setelah ahli Parlimen Pengerang tersebut melepaskan jawatan Timbalan Speaker.

SUARATV masih belum mendapat maklum balas dari pejabat Speaker Dewan Rakyat berhubung kesahihan perkara tersebut.

Walau bagaimanapun pagi tadi Azhar Harun menafikan laporan sebuah akhbar semalam, yang mendakwa beliau menolak 15 usul bagi dirinya mengosongkan jawatan.

Sebaliknya beliau menegaskan apa-apa keputusan mengenai usul tersebut telah diserahkan kepada Timbalan Speaker, Datuk Mohd. Rashid Hasnon untuk diambil tindakan. – JJ

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat