Lupakan Hajat Bercuti Ke Port Dickson

- Advertisement -

Port Dickson: Individu yang tidak lengkap menerima suntikan vaksin tidak dibenarkan melakukan aktiviti berkelah dan perkhemahan di pantai peranginan di daerah ini.

Perkara itu digariskan dalam prosedur operasi standard (SOP), Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) sejak pantai di daerah ini dibuka sejak 26 Ogos lalu.

Yang Dipertua MPPD, Zamri Mohd Esa berkata, semua aktiviti berkumpulan juga adalah tidak dibenarkan kecuali kumpulan kecil dalam kalangan ahli keluarga yang sama.

“Aktiviti perkelahan dan perkhemahan adalah dibenarkan dalam daerah yang sama dan individu yang sudah menerima suntikan vaksin lengkap dibenarkan membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah bagi menyertai aktiviti dengan pematuhan SOP yang ketat.

“Namun mereka juga perlu patuh penjarakan sosial semasa berada di kawasan pantai selain mematuhi protokol kesihatan umum,” katanya tadi.

Menurutnya, aktiviti pelancongan juga hanya dibenarkan dalam negeri yang sama sahaja membabitkan hotel dan inap desa seperti arahan awal PPN bagi seluruh kawasan di Negeri Sembilan.

Sementara itu peniaga, Wanie Yaacob, 33, berkata, hanya peniaga yang sudah lengkap divaksinasi sahaja dibenarkan berniaga untuk menjaga kesihatan dan keselamatan pengunjung yang datang untuk beriadah di sini.

“Bagi saya peniaga perlu akur (arahan vaksin) kerana sebarang kejadian penularan wabak dapat dikawal namun kita perlu sentiasa berhati-hati (ikut SOP) kerana kita masih ‘berperang’ dan belum bebas sepenuhnya.

“Terima kasih kepada semua pihak yang terbabit usaha memerangi wabak ini (frontliner) yang bertungkus lumus memberi kesedaran kepada orang ramai khususnya warga tempatan,” katanya.

– Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,557FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat