Azhar Azizan nafi campur tangan desakan usul kosongkan jawatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menafikan laporan sebuah akhbar semalam, yang mendakwa beliau menolak 15 usul bagi dirinya mengosongkan jawatan.

Beliau sebaliknya, menegaskan apa-apa keputusan mengenai usul tersebut telah diserahkan kepada Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon untuk diambil tindakan.

Bukan itu sahaja, menurut Azhar Azizan, beliau malah menegaskan tidak pernah mengambil bahagian dalam apa cara sekali pun atau campur tangan dalam apa-apa keputusan mengenai usul-usul tersebut.

Pun begitu, Azhar Azizan mengesahkan menerima pemberitahu usul-usul untuk beliau mengosongkan jawatan dan supaya individu lain dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

“Saya merujuk kepada laporan Utusan Malaysia bertajuk “15 Usul Tukar Speaker ditolak” bertarikh 1 September. Pejabat saya sememangnya menerima pemberitahu usul-usul untuk saya mengosongkan jawatan saya juga supaya individu lain dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat,” jelas beliau.

Sebaik sahaja pejabat saya menerima usul-usul tersebut, saya telah utuskan surat kepada kesemua pengusul bahawa saya tidak akan sama sekali membuat apa-apa keputusan mengenai semua usul tersebut kerana saya mempunyai percanggahan kepentingan,” kata Azhar Azizan.

“Apa-apa keputusan mengenai usul-usul tersebut diserahkan kepada Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon.

“Saya tidak tahu-menahu mengenai apa-apa keputusan yang mungkin telah dibuat oleh Timbalan Yang Dipertua mengenai usul-usul tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, akhbar tersebut menyiarkan laporan bertajuk “15 usul tukar Speaker ditolak” yang mendakwa Azhar Azizan mengetepikan usul berkenaan daripada dibahas pada Sidang Dewan Rakyat dijadual bermula 13 September depan.

Mengulas lanjut, Azhar Azizan turut menganggap laporan tersebut bersifat pembohongan dan fitnah serta dibuat dengan niat untuk menjatuhkan reputasinya.

“Laporan itu mengatakan antara lainnya bahawa saya telah mengetepikan usul berkenaan daripada dibahas dan juga yang mempunyai unsur inuendo bahawa usul-usul tersebut ditolak oleh saya adalah tidak benar.

“Saya akan mendapatkan nasihat undang-undang mengenai perkara ini dalam masa terdekat,” jelas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,563FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat