Kejadian Kepala Air Berulang Di Gunung Jerai, Air Sungai Titi Hayun Melimpah – Bomba

- Advertisement -

YAN – Kejadian kepala air berlaku lagi di Gunung Jerai di sini sehingga mengakibatkan Sungai Titi Hayun melimpah selepas hujan lebat hari ini.

Bagaimanapun, kejadian kepala air itu tidak serius seperti tragedi yang berlaku di sini pada 18 Ogos lalu.

Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, setakat ini paras air di Sungai Titi Hayun masih terkawal sehingga pukul 11.15 pagi.

Menurutnya, pihaknya juga telah memberi peringatan kepada penduduk di kawasan sekitar supaya berhati-hati memandangkan keadaan cuaca yang masih tidak menentu di kawasan tersebut.

“Seramai enam anggota dan pegawai dari BBP Guar Chempedak berada di lokasi bagi melakukan pemantauan terutamanya di kawasan berisiko,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian kepala air di Gunung Jerai pada 18 Ogos lalu, seramai enam penduduk tempatan terkorban dihanyutkan arus deras dan dihempap tanah runtuh.

Selain itu, sebanyak 1,732 rumah kediaman, 124 premis dan 14 pengusaha chalet pelancongan desa turut terkesan dalam fenomena itu.

Sementara itu, Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor ketika ditemui di Sik berkata, air Sungai Titi Hayun melimpah selepas hujan lebat berikutan aliran air di sungai itu menjadi cetak selepas kejadian kepala air pada 18 Ogos lalu.

Jelasnya, keadaan tersebut menyebabkan berlaku limpahan air sungai di kawasan kampung berdekatan.

“Apabila hujan lebat dan air terkumpul di atas gunung, maka air yang turun akan menjadi deras. Disebabkan aliran sungai menjadi cetek, aliran air yang deras itu kemudiannya melimpah ke darat.

“Saya faham rata-rata penduduk masih trauma dengan apa yang berlaku sebelum ini namun saya ingin menasihatkan mereka agar sentiasa menjaga keselamatan diri serta sentiasa patuh dengan arahan pihak berkuasa,” katanya.

Pada masa sama, Muhammad Sanusi berkata, pasukan keselamatan sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia dalam memastikan keselamatan penduduk. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat