CPRC KKM Fokus Kurangkan BID, Uruskan COVID-19 Dalam Keadaan Kritikal – Khairy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini buat pertama kalinya mempengerusikan mesyuarat Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurut Khairy antara fokus utama pertemuan ini adalah butiran data, strategi untuk menguruskan COVID-19 dalam keadaan kritikal dan mengurangkan kes kematian yang dilaporkan sebagai brought-in-dead (BID) atau mati luar hospital.

“Hari ini mempengerusikan mesyuarat CPRC pertama saya.

“Antara fokus utama kami sekarang ialah butiran data, strategi untuk menguruskan COVID-19 dalam keadaan kritikal dan mengurangkan BID,” ciap Khairy di Twitternya pada Khamis.

Dalam perkembangan lain, beliau pagi ini menzahirkan kekecewaan dengan tindakan Amerika Syarikat yang ‘membuang’ 15.1 juta dos vaksin sedangkan banyak lagi negara miskin masih di tahap 10 peratus kadar vaksinasi akibat kekurangan bekalan.

Semalam dalam sidang medianya, Khairy memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan mengambil serius kes kematian COVID-19 kategori brought-in-dead (BID) atau mati luar hospital berikutan keadaan mangsa yang didapati merosot dalam tempoh sangat singkat.

Sebahagian pesakit itu pada awalnya berada dalam kategori 1 (tiada gejala) dan 2 (bergejala ringan) sebelum merosot ke kategori 5 (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan) dalam tempoh 24 jam,” kata Khairy.

Justeru beliau berkata, kementerian ingin mengumumkan kawalan kendiri dalam kalangan pesakit yang kuarantin di rumah perlu dilaksanakan selain menjalani pemeriksaan segera jika mengalami kemerosotan gejala dan berdepan tanda amaran.

“Tanda amaran ini serti demam berpanjangan, kesukaran bernafas, sakit dada, tiada selera makan dan minum, kelesuan bertambah teruk dan perubahan pada status mental seperti kurang tahap sedar dan kekeliruan.

“Selain itu ialah batuk, muntah dan cirit yang semakin teruk, kurang kencing, bibir atau jari kebiruan serta ketepuan oksigen kurang 95 peratus,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat