UMNO Sudah Lama Alukan Anak Muda – Shahrir Samad

- Advertisement -

CYBERJAYA: Pemimpin UMNO Tan Sri Shahrir Samad menyatakan penglibatan anak muda dalam politik negara sudah lama diamalkan oleh UMNO.

Mengimbas bagaimana beliau dilantik sebagai setiausaha politik zaman Allahyarham Tun Abd Razak, ianya adalah satu langkah untuk melibatkan seberapa ramai anak muda dalam pemerintahan negara.

“Itu betul, saya menyertai politik pada zaman Tun Abd Razak ketika itu.

” Bukan Tun Abd Razak sahaja, Allahyarham Dato Harun Idris sebagai ketua Pemuda UMNO Malaysia telah menyediakan kuota untuk dilantik sebagai Exco Pemuda UMNO Malaysia dikalangan mereka dibawah 30 tahun,” ujarnya.

Shahrir Samad juga menjelaskan, kemunculan anak-anak muda ini telah membuka jalan untuk mereka di persada politik negara.

” Dato Seri Nazri Aziz juga dilantik ahli Exco Pemuda ketika itu, sehingga hari ini beliau masih ahli parlimen Padang Rengas.

” Saya sendiri telah melantik Mohd Khaled Nordin sebagai setiausaha politik apabila saya menjadi menteri penuh pada 1984, ketika itu Khaled berumur 25 tahun,” tulis beliau dalam satu kenyataan di facebooknya.

Kita tidak perlu hairan dengan isu anak muda dalam politik negara. UMNO sudah lama memberi peluang kepada mereka.

UMNO dari dulu mencari mencari dan mempercayai anak-anak muda yang mempunyai kewarasan dan kematangan.

” Anak muda perlu dilatih dan dibimbing dalam segala sudut pentadbiran dan urustadbir.

“Idealisma, tenaga dan ilmu yang ada pada anak muda itu akan menjadikan mereka waras dan matang,” katanya.  -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat