Penyanyi ‘I Like To Move It’, Ditemui Mati (Video)

- Advertisement -

MIAMI: DJ Erick Morillo telah meninggal dunia. Pemuzik, yang terkenal dengan lagu hit 90-an I Like To Move It itu berusia 49 tahun. Mayatnya ditemui pagi ini, lapor TMZ.

Sumber penguatkuasaan undang-undang memberitahu laman web AS berkenaan bahawa mayat penerbit muzik itu dijumpai di Miami Beach.

Punca kematiannya masih belum diketahui, tetapi para petugas mengatakan bahawa mereka menerima panggilan 911 sekitar jam 10.42 pagi, dengan para detektif segera menuju ke tempat kejadian.

Erick terkenal kerana menghasilkan lagu tarian elektro I Like To Move It, yang dilancarkannya pada tahun 1993 dengan menggunakan nama samaran Reel 2 Real.

Lagi itu turut menjadi lagu tema filem animasi terkenal tahun 2005, Madagascar.

Kematiannya berlaku hanya beberapa minggu selepas dia ditangkap di Miami atas tuduhan serangan seksual.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat