Huawei Dijangka Akan Berhenti Mengeluarkan Telefon Pintar

- Advertisement -

Sebuah berita yang mengejutkan buat industri telefon pintar serta peminat jenama Huawei pada hari ini. Siapa sangka perang dingin antara Amerika Syarikat dan China melibatkan Huawei telah membuatkan jenama ini menjadi mangsa seterusnya dihalang daripada menerima akses daripada Google.

Situasi yang sebelum ini dijangka menjadi semakin pulih nampaknya semakin keruh melalui dakwaan yang dilemparkan terhadap Huawei dan China oleh Donald Trump.

Tidak hanya dihalang menerima akses daripada Google, Huawei baru-baru ini nampaknya turut disekat daripada menerima bekalan cip sehinggakan pengeluar cip Kirin terpaksa dihentikan.

105995199-1561815754057rts2k40l

PERTEMUAN DONALD TRUMP DENGAN PRESIDEN CHINA, XI JINPING PADA TAHUN LALU. SUMBER: CNBC

Terbaharu, penganalisa pasaran iaitu Ming-Chi Kuo menjangkakan Huawei mungkin keluar daripada pasaran telefon pintar berikutan sekatan yang dikenakan. Hal ini turut berkait dengan kegagalan Huawei untuk menggunakan cip pemprosesan Kirin pada model terbaharu mereka.

Ketiadaan Huawei dalam pasaran secara tidak langsung turut membuka peluang buat jenama-jenama seperti Apple, Oppo, Vivo dan Xiaomi menguasai 30% pasaran Huawei di China.

black-white-mr

Kerugian yang ditimpa bukan sahaja ditanggung Huawei, malah Google juga dijangka akan rugi berikutan jumlah peminat dan pengguna Huawei yang tinggi. Pastinya sebuah kerugian buat peminat telefon pintar juga yang sebelum ini berpeluang menikmati inovasi canggih yang dihasilkan jenama Huawei.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat