- Advertisement -
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan sekatan dikenakan ke atas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk memasuki Sabah.
Menurut laporan Malaysiakini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata, tidak ada larangan perjalanan domestik dikenakan ke atas Lim, yang telah didakwa kerana penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram.
“Mahkamah hanya menahan pasportnya bagi menghalang dia dari meninggalkan negara ini. Dia dapat memasuki Sabah menggunakan kad pengenalannya, ”kata Azam.
Awal hari ini, pemimpin DAP berkenaan mendakwa dihalang dari memasuki Sabah, kononnya atas arahan SPRM – FMT