Covid-19: Dalam Seminggu, Setengah Juta Kes Baru Di India

- Advertisement -

INDIA melaporkan jumlah kes baru COVID-19 terbesar di mana-mana negara dalam seminggu terakhir, hampir setengah juta jangkitan baru mendorong jumlah global meningkat 1 peratus, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam.

“Asia Barat telah melaporkan kenaikan minggu ke minggu paling tinggi, sebahagian besarnya disebabkan oleh peningkatan pengesanan kes di India,” kata WHO.

Bagaimanapun, peratusan kematian baru global dalam tujuh hari terakhir turun sebanyak 3 peratus berbanding minggu sebelumnya, kata agensi kesihatan PBB tersebut, sambil menambah bahawa keseluruhan jangkitan baru di seluruh dunia meningkat sebanyak 1.8 juta kes.

Penyakit pernafasan itu juga merebak di Amerika, yang terus menyumbang lebih dari separuh kes dan kematian yang dilaporkan di seluruh dunia, walaupun terdapat sedikit penurunan di beberapa kawasan, kata WHO dalam kemas kini terbarunya.

Peru, Mexico, Colombia dan Argentina menyaksikan “trend meningkat”, katanya – AL Jazeera

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat