PRU15: Pembahagian Kerusi UMNO Dengan Bersatu Agak Kompleks Kata Tok Mat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Berdepan Pilihan Raya Umum ke-15, UMNO kini sudah hampir selesai berunding soal pembahagian kerusi.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, parti Melayu itu menjangkakan proses pembahagian kerusi bersama komponen Barisan Nasional (BN), kerjasama Muafakat Nasional yang disertai PAS dan Bersatu dapat dimuktamadkan akhir September ini.

Memetik laporan Sinar Harian, Mohamad yang mesra dengan gelaran Tok Mat memberitahu,rundingan berkenaan penting bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru pada PRU15 akan datang.

“Perbincangan dalaman UMNO sudah hampir selesai tetapi kita belum putuskan dengan BN dan PAS. Masih lagi berunding, ada masa lagi.

“Saya tidak nampak ada masalah dalam BN dan juga pembahagian kerusi dengan PAS tetapi kompleks nanti (pembahagian kerusi) dengan Bersatu,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau berkata, UMNO mahu perbincangan mengenai pembahagian kerusi itu disegerakan kerana ia merupakan perbincangan yang rumit.

“Kita mahu segerakan hujung bulan September ini untuk kita selesaikan pembahagian kerusi kerana pembahagian kerusi agak kompleks. Kalau tidak selesai pembahagian kerusi maka kita susah hadapi pilihan raya, pilihan raya akan berjaya jika pembahagian kerusi dapat diselesaikan dengan harmoni,” katanya.

Mohamad juga dilaporkan berkata, formula yang akan digunakan untuk pembahagian kerusi itu ialah, UMNO telah menetapkan untuk bertanding dalam semua kerusi yang telah dimenangi pada PRU14.

“Selepas itu, kerusi yang kalah tetapi kita dapat undi kedua terbanyak juga akan dijadikan sebagai asas untuk meminta kerusi tersebut supaya menjadi kerusi BN dan UMNO,” ujarnya.

Beliau turut memaklumkan, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah dilantik bagi mempengerusikan Jawatankuasa Perunding bagi mewakili parti itu dengan parti-parti dalam BN, Muafakat Nasional dan Bersatu. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat