Bursa Securities beri amaran kepada APFT dan 6 bekas pengarahnya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Securities Bhd telah memberi amaran kepada APFT Bhd dan enam daripada bekas pengarahnya selepas ia melanggar keperluan penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities.

Bursa Malaysia dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengenakan denda berjumlah RM475,000 ke atas enam bekas pengarah terbabit iaitu Datuk Faruk Othman (RM200,000), Arif Faruk (RM50,000), Tan Nyap Keong (RM50,000), Edwin Silvester Das (RM50,000), Chow Hung Keey (RM50, 000) dan Datin Seri Anizah Musa (RM50,000).

APFT telah diberi amaran selepas ia melanggar syarat laporan suku tahun dan pengumuman pertamanya.

“Pelanggaran syarat laporan suku pertama melibatkan perenggan 9.16 (1) (a) keperluan penyenaraian utama yang terkait dengan laporan suku tahunan APFT bagi tempoh kewangan berakhir 30 April, 2017, yang diumumkan pada 16 Jun, 2017, yang mana ianya adalah tidak tepat untuk mengiktiraf RM2.15 juta sebagai pendapatan lain yang timbul daripada penghapusan semula peruntukan perbelanjaan daripada tahun lepas (pendapatan lain),” katanya.

Bursa Malaysia menambah pelanggaran pengumuman pertama APFT berlaku ke atas perenggan 8.04 (3) (b) keperluan penyenaraian utama, dibaca bersama dengan perenggan 4.1(a) Nota Amalan 17 (PN17), kerana gagal untuk pengumuman pertama menurut PN17 secara serta-merta selepas pengumuman laporan suku tahunan APFT bagi tempoh kewangan berakhir 30 Sept 2017 pada 30 Nov 2017.

Pengarah-pengarah berkenaan gagal untuk menjalankan siasatan yang munasabah, termasuk mendapatkan penjelasan mengenai pernyataan pada perenggan 2.1(e) PN17 dengan pihak lain dan/atau Bursa Malaysia bagi memastikan pematuhan APFT dengan keperluan penyenaraian utama dan membuat pengumuman pertama dengan segera.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat