UMNO Tidak Masuk Campur Urusan Dewan Negara – Ahmad Zahid

- Advertisement -

UMNO tidak terbabit dalam sebarang perundingan dalam mencalonkan Yang Di Pertua Dewan Negara baharu bagi menggantikan Tan Sri SA Vigneswaran yang tamat perkhidmatan pada 22 Jun lalu.

Menurut Presiden UMO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, parti tersebut tidak pernah dipanggil berbincang secara rasmi mengenai urusan Dewan Negara, apatah lagi dirundingi mengenai pelantikan Yang Di Pertua Dewan.

Malaysiakini  sebelum ini melaporkan Umno tampil mengemukakan nama keempat pada saat-saat akhir iaitu dua hari sebelum Dewan Negara bersidang pada 2 Sept.

“Pada 31 Ogos seorang senator Umno mencadangkan nama Mohamad Ali Mohamad untuk dipilih menggantikan SA Vigneswaran,”

Sumber dalaman UMNO menyatakan parti tersebut tidak membuat apa-apa pencalonan rasmi kerana mereka tidak mempunyai jumlah senator yang mencukupi untuk mempengaruhi pemilihan.

Pihak kerajaan melalui Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini telah mencalonkan Tan Sri Rais Yatim sebagai Yang Di Pertua Dewan Negara yang baharu. Selain itu dilaporkan pihak pembangkang juga telah mencalonkan wakil mereka.

Pemilihan YDP akan diadakan pagi ini dalam sesi pertama sidang Dewan Negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat