RM100,000 Buat Setiap Kampung Felda: Anwar Mahu Penduduk Tentukan Sendiri Keperluan

CYBERJAYA : Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM100,000 kepada setiap kampung Felda bagi melaksanakan projek pembangunan yang dipilih sendiri oleh penduduk setempat, selaras dengan pendekatan Kerajaan Madani yang menekankan prinsip musyawarah dan pemerkasaan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pendekatan ini menandakan peralihan kuasa membuat keputusan kepada komuniti sendiri, dan bukan lagi ditentukan sepenuhnya oleh pengurusan agensi atau pihak atasan.

“Saya sudah sediakan peruntukan, setiap kampung Felda diberikan RM100,000 untuk mereka tentukan projek apa yang mereka nak lakukan.

“Ini bukan pengurusan (Felda) yang tentukan projek apa nak buat. Nak beli apa, traktor? Nak buat kolam ikan? Nak beli dron? Saudara sendiri putuskan apa yang nak beli, saya sediakan RM100,000 bagi setiap kampung,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Karnival Mega 3 Dimensi 2025 (MK3D 2025) di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Langkah ini, menurut Anwar, adalah sebahagian usaha kerajaan untuk mengembalikan keyakinan dan peranan aktif komuniti peneroka dalam menentukan masa depan kampung mereka sendiri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat