Belajar untuk tidak mengulangi, pesan PM kepada Kementerian Kerja Raya – Alexander Nanta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan pesanan bernas dan ringkas kepada pasukan Kementerian Kerja Raya (KKR) iaitu ‘learn not to repeat’ (belajar untuk tidak mengulangi) kelemahan-kelemahan sebelum ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan, Perdana Menteri meminta KKR untuk memperbaiki sistem dan tatakelola yang jelas tidak berkesan sekali gus tidak mengulanginya pada masa akan datang.

“Learn not to repeat, itu pesanan ringkas namun cukup mendalam daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pasukan Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam pertemuan hari ini (semalam).

“Selain memberi tumpuan kepada isu-isu serta beberapa perkara penting yang sedang dilaksanakan oleh KKR termasuk projek di bawah JKR, pertemuan ini turut membuka ruang perbincangan yang lebih luas bagi semua pihak meneliti kelemahan dan penambahbaikan bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat yang terbaik.

“Sistem dan tatakelola yang jelas tidak berkesan harus ditambah baik dengan kelemahan perlu diperbaiki dan ‘tidak diulangi’.

“Saya dan seluruh pasukan kementerian amat menghargai buah fikiran Perdana Menteri dan berterima kasih atas pandangan, nasihat dan sokongan dalam menetapkan hala tuju demi satu hasrat yang sama iaitu memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat Malaysia terjaga selaras aspirasi Kerajaan Madani,” ujar Alexander Nanta dalam hantaran di Facebooknya, semalam.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat