Amir Daniel Buat Kejutan Mara Ke Suku Akhir Acara Judo Sukan Komanwel

- Advertisement -

PETALING JAYA – Membuat penampilan sulung dalam Sukan Komanwel, Amir Daniel Abdul Majeed melakar kejutan melayakkan diri ke suku akhir acara judo 73 kilogram (kg) di Birmingham, sebentar tadi.

Baru berusia 18 tahun, Amir bagaimanapun tidak menunjukkan rasa gentar ketika menentang lawan dari Samoa, William Tai Tin apabila menang hanya dalam masa kurang dua minit.

Aksi yang berlangsung di Coventry Arena menyaksikan atlet daripada Pulau Pinang ini tangkas untuk memerangkap lawan dengan Ippon (gerakan kunci) untuk diberikan kemenangan 10-0.

Menanti Amir pada suku akhir adalah pencabar dari Australia, Jake Bensted yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel Glasgow 2014 yang dijadualkan berlangsung selepas ini. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat