MP PKR Persoal Keputusan Tengku Zafrul Sertai BN

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ahli Parlimen (MP) Lembah Pantai, Fahmi Fadzil dari PKR mempersoalkan keputusan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz menyertai barisan kepimpinan Barisan Nasional (BN) Selangor.

Memetik laporan Malaysia Gazette, Fahmi Fadzil berkata, Tengku Zafrul sebelum ini pernah menyatakan beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik.

Fahmi Fadzil turut menyuarakan rasa hairan dengan tindakan Tengku Zafrul menyertai BN sedangkan beliau dilihat rapat dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kalau yang disebut oleh Presiden UMNO, (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) itu betul, maksudnya beliau selama ni adalah ahli UMNO, maksudnya beliau juga tidak bercakap benarlah sebelum ni.

“Saya nak ucapkan “all the best” kalau dia nak pergi ke Selangor…mungkin dia boleh kayuh basikal mahal dia ke Kuala Selangor…all The best,” katanya, seperti dilaporkan portal itu.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, Tengku Zafrul perlu menjelaskan kepada rakyat berhubung tindakannya itu.

Menurutnya lagi, meskipun keputusan menyertai mana-mana parti adalah hak individu namun langkah menjelaskan apa yang telah dilakukan itu perlu supaya rakyat dan juga pengundi nampak apa yang dilakukan.

Tambahnya, beliau tidak pasti sama ada keputusan BN melantik Tengku Zafrul ke jawatan tersebut dapat membantu menguatkan parti tersebut atau ia akan berlaku sebaliknya.

“Saya rasa sama ada beliau akan membantu ataupun menjadi beban kepada UMNO di Selangor, itu kita lihat kemudianlah, itu pengundi akan putuskan.

” …tetapi sebagai seorang wakil rakyat dan seorang Ahli Parlimen, saya lihat beliau sebelum ini pernah berkata takkan terlibat dengan politik, tapi sekarang dah masuk politik,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,592FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat