Jenazah Jurulatih Penerbangan Selamat Dikebumikan

- Advertisement -

SEMENYIH – Jenazah jurulatih penerbangan, Allahyarham Left Kol (B) Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tasik Kesuma, di sini, kira-kira jam 6.45 petang tadi.

Upacara pengebumian penuh penghormatan itu dihadiri kira-kira 300 orang terdiri daripada ahli keluarga Allahyarham serta anggota Tentera Udara Malaysia (TUDM).

Terdahulu, jenazah yang dibawa menggunakan kenderaan jenazah khas TUDM tiba di kediaman kakak arwah, Datuk Fajura Juffa di Taman Tasik Kesuma dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan disembahyangkan di Surau Al-Khautar di sini.

Majlis pengebumian dilakukan dengan penuh istiadat ketenteraan itu, selesai kira-kira sejam kemudian.

Allahyarham meninggalkan balu, Hayati Nawi, 47, serta tiga anak perempuan berusia 17 hingga 25 tahun.

Yang turut hadir, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Panglima Tentera Udara Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.

Fajim Juffa dalam insiden membabitkan pesawat ringan terhempas di kawasan rumah pam Sungai Rokam, Perak kira-kira jam 8 malam tadi, manakala rakannya, Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62, dari Bukit Damansara, cedera.

Kedua-dua jurulatih penerbangan itu berlepas dari sekolah latihan kapal terbang yang terletak berhampiran sebelum kejadian berlaku. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,589FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat