Pipi tembam Ernie Zakri jadi perhatian

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Pipi ini (tembam) sebab pemakanan saya. Diakui sedikit bertambah berat badan. Insya-Allah kalau ada rezeki cahaya mata, saya akan kongsikan pada semua,” kata penyanyi popular Ernie Zakri sekali gus menjawab spekulasi dia kini hamil.

Ernie, 29, atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri berkata, dia bersama suami juga penyanyi Syamel tidak pernah merancang dalam soal anak.

Malah, Ernie berkata dia tidak akan berahsia dalam soal itu.

“Siapa yang tidak mahu menimang cahaya mata. Saya dan Syamel dalam perancangan.

“Kami tidak menolak pun sekiranya ada rezeki Allah nak berikan dan tidak ada istilah nak tunggu dua atau tiga tahun.

“Jangan risau, kalau betul dan diberikan rezeki ini (hamil) saya akan terus beritahu pada semua. Tidak ada istilah sorok-sorok,” katanya.

Ernie yang muncul dengan single terbaharu, Berakhirlah Pencarianku berduet dengan Hafiz Suip berkata, dia selalu berfikir negatif jika berlaku perubahan pada bentuk fizikal badannya.

“Dulu, saya akan tolak jauh-jauh (pipi) dan fikir negatif. Tapi apabila fikir semula, saya kena tukar persepsi itu. Saya harus anggap itu satu doa.

“Apabila ramai lagi cakap saya hamil, saya aminkan. Mana lah tahu betul-betul ada isi. Saya tak nak buat diri tertekan dengan cakap-cakap orang,” katanya dalam temu bual bersama program Melodi.

Terdahulu, Ernie dan Syamel bernikah pada 26 Mac lalu.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat