Fedtri Yahaya dah lama teringin nak jadi DJ radio

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pengacara Fedtri Yahya, 40, yang kini bergelar penyampai Buletin FM teruja diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab itu dan menyifatkannya mimpi jadi kenyataan.

Bakal mengendalikan segmen Ilham Sanubari, jam 9 malam hingga 12 tengah malam, Isnin hingga Jumaat, bermula hari ini, Fedtri berkata ia sememangnya peluang keemasan yang dinantikannya selama ini.

“Terus-terang, saya sebenarnya memang sudah lama teringin mengendalikan segmen radio berbentuk luahan pendengar. Sekian lama menjadi pengacara TV, saya memang memendam peluang sebegitu.

“Apabila pihak pengurusan menawarkan peluang itu, saya sebenarnya tidak sangka maklumlah sekarang stesen radio banyak memburu bakat muda. Konsep Ilham Sanubari juga tepat dengan jiwa saya dan cukup menarik.

“Sebenarnya, jika konsepnya lebih terarah kepada suasana kecoh, saya memang nak menolaknya. Apapun, saya bersyukur apabila pihak pengurusan menyuruh saya jadi diri sendiri mengendalikan segmen itu,” katanya.

Fedtri juga mengakui segmen itu jelas dekat di hatinya kerana selama ini sering menerima pelbagai luahan menerusi media sosial. Justeru, dia gembira kini pendengar dapat menyalurkan luahan secara lebih formal dalam Ilham Sanubari.

“Menariknya, saya kerap menerima luahan daripada pengikut di Twitter dan Instagram peribadi saya. Jadi, kini saya cukup teruja boleh melakukannya secara formal menerusi segmen itu.

“Semestinya, saya juga gembira apabila menjadi peneman serta pendengar setia kepada apa juga jenis luahan nanti. Luahan itu tidak semestinya yang berbentuk perlukan solusi, setakat luahan kosong juga harus didengar.

“Sebagai pengacara TV, saya sangat faham bukan semua berani berkongsi luahan dan tunjukkan wajah mereka. Ramai yang pastinya nakkan suara mereka saja didengar dan segmen itu platform tepat buat mereka,” katanya.

Terdahulu, platform radio Media Prima, RIPPLE diumumkan ditukar nama kepada Media Prima Audio atau MPA, hari ini. Ia bersempena penjenamaan semulanya untuk tampil kompetitif serta hala tuju lebih strategik.

Stesen Kool FM juga diumumkan bertukar nama kepada Buletin FM. Fedtri menjadi antara wajah baharu yang menyertai stesen itu selain pengacara Malaysia Hari Ini (MHI), Ally Iskandar, dan pembaca berita, Hawa Rizwana.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat