Dhabitah Menangis Bukan Sebab Gagal Raih Pingat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tangisan penerjun muda negara, Nur Dhabitah Sabri sebaik tamat dalam pusingan akhir acara 3 meter (m) papan anjal individu, hari ini sudah cukup menggambarkan keperitan dan cabaran yang dilaluinya hingga mampu mencatatkan keputusan terbaik di Olimpik, Tokyo.

Dhabitah berkata, dia menangis bukan kerana gagal membawa pulang pingat namun lebih mengenangkan kesusahan yang dilalui apabila terpaksa berkorban demi memastikan kehadirannya di pentas Olimpik berbaloi.

Penerjun berusia 22 tahun itu berkata, dia hadir ke Olimpik dengan situasi yang agak ‘suram’ hingga hilang rasa keyakinan selain hampir putus harapan untuk beraksi cemerlang di temasya itu.

“Saya menangis bukan tak menang tapi berbangga dengan diri kerana sebelum ini agak susah hingga hilang keyakinan diri dan tidak yakin mampu beraksi di Olimpik.

“Malah, sebelum ke Olimpik Tokyo juga tidak pasti dengan diri namun dapat tempat keempat sememangnya bangga dengan diri.

“Kita sudah tidak hidup seperti dahulu dengan tak boleh luang masa bersama keluarga atau lepak keluar berjumpa rakan. Hanya duduk dalam gelembung sukan dan berlatih saja,” katanya.

Terdahulu Dhabitah, hampir menghadiahkan kalungan pingat buat kontinjen negara apabila menduduki tempat keempat dalam pusingan akhir acara 3 m papan anjal individu wanita.

Walaupun gagal meraih pingat, pujian harus diberikan kepada penerjun muda negara terbabit apabila berjaya memberi amaran kepada peserta lain bahawa dia juga mampu menyinar.

Aksi yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo menyaksikan berusia 22 tahun itu berjaya mengumpul 326.15 mata untuk berada pada kedudukan ke empat daripada 12 atlet bertanding.

Sementara itu, Dhabitah berkata, dia tidak memikirkan sama ada mahu memenangi pingat kerana hanya mahu mempamerkan aksi terbaik dan mengharapkan peminat sukan tanah air terhibur dengan aksinya.

“Saya tidak memikirkan sama ada berada di tempat ketiga terbaik atau keenam kerana ketika itu hanya difikirkan mahu ‘enjoy’ terjunan dan buat yang terbaik,” katanya.

– Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat