Ribuan Demonstrasi Bantah Pas Kesihatan COVID-19

- Advertisement -

PARIS: Ribuan penunjuk perasaan di Paris dan beberapa bandar lain membantah pas kesihatan coronavirus sebagai syarat wajib memasuki tempat awam, diperkenalkan kerajaan dalam usaha memerangi gelombang keempat COVID-19.

Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin, dalam hantaran di Twitternya berkata, seramai tiga anggota polis cedera dan 19 penunjuk perasaan ditahan termasuk 10 di Paris.

Ini adalah minggu ketiga berturut-turut orang ramai berkumpul di jalanan menentang langkah COVID-19 oleh Presiden, Emmanuel Macron.

Jumlah penunjuk perasaan meningkat sejak ia bermula, sekali gus dilihat mengulangi gerakan ‘ves kuning’ bermula akhir 2018 terhadap cukai bahan bakar dan kos sara hidup.

Seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri berkata seramai 204,090 orang melakukan demonstrasi di seluruh Perancis, termasuk 14,250 di Paris iaitu melebihi 40,000 orang berbanding minggu lalu.

“Kita menghasilkan masyarakat terasing dan saya rasa sukar untuk mempercayai tindakan ini berlaku di negara dengan hak asasi manusia.

“Jadi saya turun ke jalanan dan saya tidak pernah menyertai demonstrasi sepanjang hidup saya. Saya rasa kebebasan kita berada dalam bahaya,” kata guru, Anne.

Kira-kira 3,000 pegawai polis dikerahkan di ibu kota, dengan petugas antirusuhan berusaha mengawasi penunjuk perasaan bagi mengelak kejadian pergaduhan berulang seperti di Champs-Elysees.

Penunjuk perasaan di bandar-bandar lain seperti Marseille, Lyon, Montpelier, Nantes dan Toulouse juga keluar sambil menjerit ‘Kebebasan’ dan ‘Tidak untuk pas kesihatan’.

Pengunjung muzium, pawagam atau kolam renang dilarang masuk sekiranya tidak menunjukkan kad kesihatan COVID-19 atau menjalani ujian dengan keputusan negatif dalam tempoh berkenaan.

Parlimen meluluskan undang-undang baharu minggu ini yang akan menjadikan vaksinasi wajib bagi pekerja kesihatan dan memperluaskan syarat pas kesihatan ke bar, restoran, pameran perdagangan, kereta api dan hospital. – AGENSI

– Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat