Umno Beri Cadangan, Idea Untuk Rakyat Tetapi Tetap Dituduh Main Politik, Kata Zahid

- Advertisement -

PETALING JAYA: Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata saranan Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming supaya Ahli Parlimen mengenepikan perbezaan politik dengan mewujudkan Perjanjian Moratorium Covid (CMA) bagi menangani krisis Covid-19 adalah satu cadangan mulia namun ramai menyifatkan cadangan itu sebagai naif.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, Umno secara konsisten terus membantu kerajaan dengan melontarkan pelbagai idea dan pandangan walaupun sidang Parlimen digantung, namun parti Melayu itu tetap dituduh bermain politik.

“Apa pun kita tetap membantu. Memberi pelbagai cadangan, idea melalui saluran lain termasuk politik dan media sosial. Persoalannya adakah kebanyakan cadangan itu diambil peduli dan dipandang serius oleh kerajaan.

“Sebaliknya kita dituduh bermain politik. Kita dituduh kuat merungut dan hanya tahu buat bising,” katanya di Facebook.

Zahid berkata, kerajaan Perikatan Nasional kemudian menterjemahkan segala cadangan dan idea yang dikemukakan mereka sebagai satu bentuk serangan pula.

“Kadangkala pandangan kita membuatkan mereka terkena tempias, tetapi itu yang perlu. Mana-mana bahagian yang mereka akhirnya bersetuju adalah kerana terpaksa.

“Kemudian mereka cuba ambil kredit, kita ok sahaja selagi ia memanfaatkan negara. Tidak mengapa kerana rakyat tahu,” katanya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, kini Parlimen “digantung” sekali lagi, namun beberapa Ahli Parlimen Umno berkesempatan mengemukakan cadangan.

“Maka diharap cadangan yang bertujuan membantu menangani penularan Covid-19 itu diambil kira oleh kerajaan. Melontarkan cadangan tidak semestinya menjerit-jerit. Kita tenang-tenang saja,” katanya.

Pada mesyuarat khas sidang Parlimen 28 Julai lalu, Ong membangkitkan sokongan majoriti terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dengan menyatakan tiada seorang pemimpin mempunyai sokongan majoriti.

Justeru, beliau menyeru Ahli Parlimen mengenepikan perbezaan politik dengan mewujudkan kerjasama bagi menangani krisis Covid-19.

– FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat