Anwar dakwa PN sudah tumbang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau menerima maklumat beberapa Ahli Parlimen dari Perikatan Nasional (PN) sudah menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Susulan perkara berkenaan, Ketua Pembangkang itu mendakwa kerajaan PN sudah hilang keabsahan untuk terus mentadbir negara.

Justeru, Anwar mendakwa kerajaan sudah tumbang dan kehilangan majoriti sokongan Ahli Parlimen.

Presiden PKR itu berkata, beliau mendapat maklumat dari negeri lain yang telah mengemukakan senarai barisan pemimpin yang meminta keluar dari PN.

“Maka dengan 107 (ahli Parlimen) yang ada di sini, campur mereka, kerajaan sudah ditumbangkan.

“Kerajaan kini melanggar Perlembagaan Persekutuan dan menghalang Ahli Parlimen menjalankan tugas.

“Malah lebih serius, kerajaan kini dikatakan melanggar titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan rakyat.

“Kita sebagai rakyat kepada Yang di-Pertuan Agong dan patuh kepada Perlembagaan mahu hadir ke Parlimen bagi membela nasib rakyat.

“Rakyat kini menderita dan terkorban kerana kegagalan kerajaan melaksanakan tugas,” katanya ketika berucap dalam perarakan di jalan menuju Parlimen, pada Isnin.

Terdahulu, Anwar bersama pemimpin parti pembangkang lain berarak dari Dataran Merdeka untuk masuk ke Parlimen namun laluan dikawal ketat polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan.

Antara yang hadir, Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Pengerusi Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan pengasas Parti Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Perarakan itu dibuat secara aman dan dikawal baik oleh polis yang turut memberi ruang presiden semua parti pembangkang untuk berucap terlebih dulu.

Terdahulu, semua laluan masuk ke Parlimen dikawal ketat polis sejak pagi tadi.

Persidangan Parlimen yang dijadualkan disambung semula hari ini ditangguhkan ekoran pengesanan beberapa kes positif Covid-19 pada Jumaat lalu.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat