MKT UMNO buat mesyuarat tergempar petang esok – Ahmad Maslan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dijadual mengadakan mesyuarat tergempar petang esok,” kata Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Menurut beliau mesyuarat ini akan membincangkan situasi semasa kemelut politik yang melanda negara.

“Mesyuarat Khas MKT UMNO secara online akan diadakan 4 petang esok (3 Ogos).

“Tentu mesyuarat tergempar ini untuk membincangkan isu politik terkini antaranya kenyataan media Istana Negara dan warkah Yang di-Pertuan Agong.

“Selain itu isu darurat, ordinannya dan penangguhan sidang Parlimen hari ini,” ciap Ahmad di Twitternya pada Isnin.

Bahang kemelut politik negara kian terbakar minggu lalu apabila Yang di-Pertuan Agong memaklumkan pembatalan darurat yang diumumkan kerajaan belum ditandatangani Baginda, susulan itu sidang Dewan Rakyat ditangguh sekali gus muncul tekanan hebat supaya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kabinetnya berundur.

Menyusul dalam selitan krisis dan desakan itu, seramai 30 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) difahamkan telah menandatangani surat akuan menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kekal sebagai Perdana Menteri dalam satu pertemuan sulit di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan Ahad malam.

Sumber ahli Parlimen BN berkata, pertemuan sulit itu diadakan bermula jam 9 malam dan dipengerusikan oleh Pengerusi Kelab Ahli-ahli Parlimen Penyokong Kerajaan PN (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim.

Surat akuan mempertahankan kedudukan Muhyiddin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) terpaksa disediakan mereka memandang terdapat usaha pihak tertentu cuba menafikan sokongan 40 ahli Parlimen BN terhadap kerajaan PN sebelum ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat