Doakan Kesihatan Untuk Takiyuddin, Pinta Tuan Ibrahim

- Advertisement -

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man meminta agar rakyat mendoakan kesihatan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang dimasukkan ke Hospital kembali pulih.

“Saya baru menghubungi Datuk Seri Takiyuddin Hassan pagi ini. Alhamdulillah beliau telah selamat menjalani pemeriksaan dan beliau maklumkan doktor telah siap memasang sten di saluran yang tersumbat.

“Alhamdulillah semua berjalan lancar dan dijangka akan keluar dalam sehari dua ini. Teruskan doa agar beliau cepat sembuh sepenuhnya,” kata beliau di Facebook.

Terdahulu, Takiyuddin yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) di masukkan ke Hospital untuk menjalani pembedahan jantung di hospital di Lembah Klang iaitu Pusat Perubatan IHEAL, bersebelahan dengan Mid Valley, Kuala Lumpur.

Setiausaha Agung Pas terpaksa menjalani pembedahan selama tiga jam. -SuaraTV

 

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat