‘Nak menangis bila lagu ciptaan dinyanyikan semula’

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Saya rasa nak menangis bila dengar balik lagu-lagu ciptaan saya yang dinyanyikan dengan baik oleh penyanyi didikan saya,” demikian kata Seniman Negara, Datuk Seri Ahmad Nawab yang ditemui selepas sesi pratonton Konsert Tribute Seniman Negara Datuk Ahmad Nawab di Istana Budaya malam tadi.

Pemain saksofon terkenal yang berusia 90 tahun ini berkata, dia sendiri tidak boleh berfikir bagaimana boleh menghasilkan lagu dalam jumlah yang banyak iaitu hampir 1000 lagu.

“Setiap lagu itu ada karakter tersendiri ikut pada penyanyinya. Waktu di belakang pentas tadi mengalir air mata saya. Itulah satu penghargaan yang besar bagi saya dan saya amat bersyukur,” katanya.

Jamal Abdillah

Konsert anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Istana Budaya (IB) bersama Bin Jamal Event Sdn Bhd ini akan berlangsung selama tiga hari bermula malam ini hingga Ahad.

Persembahan dijayakan oleh barisan anak didik Ahmad Nawab iaitu Datuk Jamal Abdillah, Datuk Khatijah Ibrahim, Ramlah Ram, Shidee dan Wany Hasrita.

Jamal berkata, konsert ini adalah konsert untuk membayar ‘hutang’ terhadap Ahmad Nawab.

“Seniman Negara kita ini adalah seniman yang keenam. Kita ada tujuh Seniman Negara dan Ahmad Nawab satu-satunya Seniman Negara yang masih hidup.

“Jadi kita sudah bersepakat supaya dapat melaksanakan konsert ini selagi beliau masih hidup. Kebanyakan sebelum ini kita akan tribute konsert ini kepada mereka yang telah tiada.

“Saya dapat tanggungjawab ini lebih kurang dalam tempoh 10 minggu daripada JKKN untuk saya selaras dan sebagai penerbit serta penyelaras konsert ini,” katanya.

Sementara itu, Ramlah Ram pula berkata, dia sememangnya sudah lama tidak berjumpa dengan Ahmad Nawab.

“Hari ini (semalam) rasa terubatlah rindu itu. Rasa gembira sangat sebab terpilih untuk menjayakan konsert ini. Syukur…alhamdulillah,” katanya.

Harian Metro

Previous article
Next article
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat