Bunda Hetty lima dekad

- Advertisement -

LEBIH lima dekad menjalani kehidupan sebagai anak seni menjadi medan untuk bintang legenda Indonesia, Hetty Koes Endang, 65, menempa nama dan mengaut pelbagai ilmu serta pengalaman.

Tidak sekadar mengukuhkan namanya di Indonesia, Hetty, 65, juga berjaya melakar namanya di pentas dunia termasuk mengumpul peminat daripada pelbagai generasi di Malaysia.

Pada 27 Ogos depan, Hetty bakal melakar satu lagi sejarah menerusi Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang yang berlangsung di Manhattan Ballroom, Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur.

“Sebenarnya kalau diikutkan perancangan asal konsert ini sepatutnya berlangsung di Jakarta, Indonesia. Namun, disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda dunia, ia terpaksa ditunda dan terus ditunda.

“Selepas semua persiapan dan perancangan teliti, ia bakal berlangsung pada tahun ini dan saya serta penganjur memilih untuk mengadakannya di Malaysia. Lebih istimewa, turut ditampilkan sahabat saya, Datuk Ramli MS sebagai pengarah muzik,” katanya.

Ditanya mengenai pemilihan lagu yang akan dipersembahkan di acara konsert itu, Hetty berkata, dia akan memilih lagu yang menggamit memori peminatnya.

“Dalam perjalanan saya, saya pernah hasilkan 150 album dan kira-kira 1,600 lagu. Jadi, saya akan pilih lagu yang pernah meninggalkan kenangan buat ramai peminat saya.

 

HETTY bakal tampil di Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang pada 27 Ogos depan. FOTO Saifullizan Tamadi

 

“Ia akan merangkumi pelbagai genre seperti yang selalu saya bawakan memandangkan setiap peminat saya ada minat kepada genre muzik masing-masing,” katanya.

Menurut Hetty, berkemungkinan ini akan menjadi titik akhir untuknya membuat persembahan secara komersial.

“Insya-Allah, akhir tahun nanti akan ada konsert juga di Indonesia. Yang boleh saya kongsikan ini mungkin akan menjadi antara titik akhir untuk saya membuat persembahan secara komersial.

“Mungkin selepas ini saya masih membuat persembahan, namun hala tujunya mungkin berbeza dan lebih ke arah kerja amal. Ini adalah untuk membantu pemuzik Indonesia yang terkesan akibat pandemik.

“Alhamdulillah sepanjang pandemik, rezeki saya masih ada menerusi pelbagai perniagaan seperti resort, perabot dan sebagainya. Jadi, ini masanya untuk saya membantu mereka yang terkesan,” katanya.

Tentunya ramai yang menantikan kehadiran Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang dan tidak sabar menantikan persembahan hebat Hetty yang tidak pernah mengecewakan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat