Fenomena Mat Kilau

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Tsunami filem Malaysia!”

Itu kata pengarah Syamsul Yusof apabila kutipan filem Mat Kilau sudah mencecah RM30 juta setakat malam ini iaitu memasuki hari kesembilan ditayangkan.

Malah, filem itu juga meraih kutipan RM3.5 juta untuk tempoh sehari iaitu semalam, selain menjadi filem nombor satu di Brunei.

Syamsul berkata, dia menjangkakan filem terbitan Studio Kembara itu boleh mencecah atau lebih RM40 juta pada hujung minggu ini.

“Insya-Allah, hujung minggu ini mungkin cecah atau lebih RM40 juta. Sebab sambutan sekarang memang ‘gila’. Ada peminat hantar rakaman video keadaan di panggung wayang di Kuantan, Pahang, Johor Bahru, Johor, Melaka, macam bercuti. Penuh dan orang beratur panjang.

“Alhamdulillah, ini rezeki Allah SWT. Saya ada perancangan besar untuk filem akan datang. Tapi, masih terlalu awal untuk saya cakap. Nantilah,” katanya kepada Harian Metro.

Filem Mat Kilau yang mula ditayangkan sejak 23 Jun lalu menjadi filem epik Melayu yang berjaya pecah panggung selain dilihat mampu mengatasi filem kutipan tertinggi di Malaysia iaitu Munafik 2 juga arahan Syamsul.

Mat Kilau menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As’ari, Yayan Ruhan dan ramai lagi.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat