Selesa dengan Zul Ariffin

- Advertisement -

GANDINGAN Ruhainies dan Zul Ariffin menerusi drama Wifi Sebelah Rumah yang ditayangkan secara eksklusif di Disney + Hotstar sejak 25 Jun lalu mendapat maklum balas positif dalam kalangan peminat mereka.

Malah, keserasian yang wujud antara mereka juga memberi impak buat penonton sehingga ada yang meminta mereka untuk betul-betul bercinta.

Menurut Ruhainies, usikan itu suatu yang normal sama seperti kebanyakan drama lakonannya bersama pelakon lain sebelum ini.

“Bagi saya, apabila ada permintaan sedemikian hingga ke luar lokasi, secara tak langsung menunjukkan drama ini berjaya kerana penonton boleh nampak keserasian serta kemanisan babak yang dibawa.

“Baik saya dan Zul, kami profesional dan senang apabila digandingkan bersama. Malah, perkara ini membuatkan proses penggambaran menjadi lebih lancar.

“Terima kasih juga buat pelakon lain yang turut sama membantu. Senang cakap, dia seorang kawan yang baik,” katanya.

 

RUHAINIES selesa berlakon dengan Zul.
RUHAINIES selesa berlakon dengan Zul.

Ditanya mengenai sikap Zul sepanjang beberapa minggu di lokasi penggambaran, Ruhainies menyifatkan pelakon filem Sangkar itu sebagai pelakon yang komited dan tidak pentingkan diri.

“Dia seorang yang mengambil berat mengenai naskhah yang dibawa. Dia tidak pentingkan diri, sebaliknya sentiasa menyokong pasukan untuk sama-sama berikan yang terbaik.

“Kami kerap berbincang untuk berikan lebih ‘warna’ terhadap sesuatu babak. Kalau nak diikutkan, kami tidak ikut 100 peratus skrip. Masing-masing boleh lontarkan idea berbincang bersama pengarah, Shuhaimi Zulkefli,” katanya.

Pada masa sama, Ruhainies turut melihat Zul sebagai seorang yang tenang dalam apa juga situasi.

“Dia ‘cheerfull’, tak pernah tunjuk dia ada masalah dan macam tak pernah marah. Malah mungkin ramai tak tahu, dia suka makan nasi kandar. Sekali makan sampai dua bungkus. Ada juga masanya dia tiba-tiba akan tempah set makanan untuk semua pasukan produksi. Dia pemurah dan suka belanja orang makan,” katanya.

Selain Zul dan Ruhainies, drama 16 episod itu turut menampilkan Keith Foo, Nurin Afiqah, Fadlan Hazim, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat