Ernie bernasib baik

- Advertisement -

PROGRAM I Can See Your Voice Malaysia Musim 4 (ICSYVMY4) yang bersiaran di TV3 Ahad lalu menyaksikan penyanyi Ernie Zakri melakukan ‘percaturan salah’ apabila menyingkirkan empat penyanyi sebenar di tiga pusingan awal.

Menerusi program yang dihoskan Sean LJE dan Shuk Sahar itu, Ernie membuka tirai episod tujuh dengan persembahan lagu Boneka.

Walaupun hadir bersama Syamel yang bertindak sebagai panel jemputan, Ernie dilihat mengikut kata hatinya untuk mengenal pasti siapakah penyamar bersuara sumbang.

Namun, sayangnya percaturan Ernie dilihat gagal dari pusingan awal lagi.

Ernie menyingkirkan empat penyanyi sebenar berturut-turut dan menjadikannya sangat tertekan untuk mengenal pasti pasangan duet di pusingan akhir.

Malah, penyanyi misteri nombor satu yang disingkirkan di pusingan pertama membuatkan Ernie begitu tergamam dan hilang kata-kata.

Nyanyian Adriana Balqis yang mendendangkan lagu Rossa berjudul Ku Menunggu begitu merdu.

Beralih ke pusingan kedua, ia sekali lagi memberi tamparan hebat kepada Ernie apabila kedua-dua penyanyi misteri yang disingkirkan ialah penyanyi sebenar.

Muhammad Saqif ataupun dikenali sebagai Tuah mempunyai keunikan vokal tersendiri selain Mohamad Safwan yang berasal dari Yong Peng, Johor mempunyai suara unik dan teknik nyanyian yang mantap.

Tiba di pusingan ketiga, Ernie lebih berhati-hati untuk membuat keputusan selepas mendengar pendapat daripada Jiggy, Fad Bocey dan Syamel yang mempertahankan penyanyi misteri masing-masing.

Walaupun seorang lagi panel jemputan yang juga pelawak Jiggy bersungguh-sungguh mempertahankan penyanyi misterinya, tetapi dia gagal meyakinkan penyanyi itu.

Sayangnya, Ernie tersilap lagi dan ini menjadikan rekod baharu dalam ICSYVMY4 apabila empat penyanyi sebenar disingkirkan.

Nurul Asyiqin yang memilih lagu Jessie J bertajuk Flash Light untuk persembahan membuatkan semua orang terpegun dengannya. Suara merdu Nurul Asyiqin yang memukau membuatkan Jihan jadi keliru sama ada dia buat ‘lip-sync’ atau menyanyi secara ‘live’.

Untuk rekod, Nurul Asyiqin pernah berputus asa untuk menyanyi tetapi ibu bapa dan kawan-kawannya sentiasa memberi sokongan supaya dia meneruskan perjalanannya sebagai penyanyi.

Atas faktor itulah Nurul Asyiqin bangkit semula dan mula yakin dengan kebolehan diri dan mahu mengejar cita-citanya itu.

Walaupun Ernie kecewa selepas menyingkirkan empat penyanyi sebenar, tetapi dia lega apabila berjaya menyingkirkan seorang penyamar bersuara sumbang iaitu Mohamad Akmal Hakim di pusingan penentuan.

Pengakhiran program ini menyaksikan wajah Ernie yang sedikit tertekan apabila perlu memastikan pilihan yang dibuat adalah tepat.

Ernie akhirnya memilih lagu Takkan Terlerai untuk berduet dengan peserta Afgan. Semua tertunggu-tunggu untuk mendengar suara sebenar Afgan.

Nyata ia satu pengakhiran yang sempurna dan sebuah kemenangan yang bermakna buat Ernie apabila semua orang terpukau dengan suara Afgan yang bertenaga dan mempamerkan gandingan duet yang mantap bersama Ernie.

Afgan juga bersyukur dan berterima kasih diberikan peluang yang bermakna ini kerana menganggap penyertaannya itu sebagai langkah kecil untuk meneruskan perjalanan yang lebih jauh.

Selain itu, Afgan juga memenangi peluang untuk merakam sebuah single dengan artis popular tanah air.

Program hiburan nombor satu di Malaysia yang juga diadaptasikan daripada program popular Korea Selatan sedang bersiaran untuk musim terbaharunya di TV3, setiap hari Ahad, jam 9 malam di TV3 dan juga boleh strim live di www.tonton.com.my.

ICSYVMY4 menampilkan panel penyiasat tetap, Jihan Muse, Alif Satar dan Fad Bocey.

Jangan ketinggalan untuk menonton ICSYVMY4 minggu ini yang menampilkan Ruffedge sebagai artis jemputan manakala Datin Seri Umie Aida dan Issey sebagai penyiasat jemputan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat