7 Julai Tentukan Tarikh Sidang Parlimen

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu bahawa persidangan Parlimen diputuskan untuk diadakan secepat mungkin sebelum 1 Ogos ini.

Jelasnya dalam satu kenyataan hari ini, keputusan tersebut dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Ketua Majlis Parlimen.

“Perkara berkaitan sidang Parlimen itu akan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang akan diadakan pada 7 Julai depan,” katanya.

Sebelum ini Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah sekali lagi menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang ditetapkan kerajaan dan Parlimen.

Pandangan itu dizahirkan Yang di-Pertuan Agong selepas berkenaan menerima menghadap Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun selama sejam bermula jam 11 pagi tadi.

Turut menghadap, Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad serta dua Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Datuk Seri Azalina Othman Said.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat