Polis Tahan Majikan Ugut Tembak Pemandu Peribadi

- Advertisement -

KAJANG – Seorang pemandu peribadi trauma akibat dipukul serta diugut majikannya dalam kejadian di sebuah rumah di Country Height di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa kira-kira jam 9.15 pagi.

“Mangsa mendakwa telah diugut majikannya dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.22 pagi ketika mangsa dan suspek baru pulang dari Kuala Lumpur.

“Mangsa dan suspek bertengkar dan ketika pertengkaran berlaku, suspek telah mengugut untuk menembak mangsa sekiranya mangsa keluar dari rumah suspek,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Mohd Zaid berkata, selain itu, mangsa turut mendakwa suspek turut mengeluarkan kata-kata kesat dan juga menendang mangsa di bahagian bahu.

“Suspek juga didakwa turut merosakkan motosikal milik mangsa sehingga menyebabkan mangsa terpaksa meminta bantuan orang ramai untuk melarikan diri dan datang ke balai polis untuk membuat laporan polis.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 323 / 506 / 427 / 341 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan, melakukan ugutan jenayah, melakukan perbuatan khianat serta melakukan halangan salah terhadap mangsa,” katanya.

Menurutnya, suspek bagaimanapun diberkas sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang dan direman dua hari untuk siasatan lanjut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini boleh berhubung dengan mana-mana balai yang terdekat atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes iaitu Sarjan Mohamad Khir di talian 014-5307540,” katanya. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat