3,418 Kes Baru Covid-19, 12 Kematian Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR – Sejumlah 3,418 kes positif baharu COVID-19 direkodkan hari ini di seluruh negara, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 415,012 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam perkongsian di laman Twitternya, Selangor mencatatkan angka tertinggi pada hari ini iaitu 1,200 kes.

Ia kemudiannya diikuti dengan Sarawak, 587 kes baharu dan Kelantan, 400 kes dicatatkan.

Daripada jumlah ini, 10 adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Kes aktif ketika ini mencecah angka 30,339, dengan kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 345.

Kali terakhir kes aktif melebihi 30,000 ialah Februari lalu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 175 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, 12 kematian baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,533.

Sebanyak 2,698 kes sembuh dicatatkan semalam, menjadikan kes sembuh kumulatif sebanyak 383,140. – Awani

Topik Hangat

Kontroversi SMK Puncak Alam, KPM Serah Kepada Polis

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa insiden membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA). SMKPA menjadi tumpuan...

Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

TEL AVIV - Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar...

Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

CYBERJAYA - Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa...

Berita Berkaitan

Jangkitan Covid-19 Naik Mendadak, Noor Hisham Rayu Masyarakat Kawal Pergerakan

KUALA LUMPUR - Peningkatan kes baharu COVID-19 secara mendadak sejak awal April lepas, telah memberi tekanan hebat kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara, kata Ketua...

Langgar SOP: Azwan Ali Minta Kerajaan Bertegas, Gesa Penjarakan Neelofa

KUALA LUMPUR - Pengacara dan selebriti kontroversi, Azwan Ali meminta kerajaan bertindak tegas memenjarakan Neelofa atas kesalahan berulang kerana pelanggaran prosedur operasi standard (SOP)...

Kelulusan Rentas Negeri Akan Lebih Ketat, Cegah Salah Guna – KPN

PETALING JAYA - Kelulusan permohonan rentas negeri akan diteliti dengan lebih ketat lagi bagi memastikan tiada individu menyalahguna atau memalsukan kebenaran itu. Ketua Polis Negara,...