Boleh Rentas Sempadan Malaysia-Singapura, Tetapi Cuma Untuk Kecemasan – Hishammuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Malaysia dan Singapura hari ini bersetuju untuk membenarkan perjalanan rentas sempadan bagi tujuan kecemasan kata Menteri Luar, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien.

Persetujuan dicapai selepas bertemu dan berbincang dengan Menteri Luar Singapura, TYT Dr Vivian Balakrishnan.

“Penting untuk saya maklumkan, selepas bertemu dan berbincang bersama Menteri Luar Singapura, TYT Dr. Vivian Balakrishnan sebentar tadi,  Malaysia dan Singapura mencapai kesepakatan untuk melaksanakan Skim Rentas Sempadan Kecemasan Bagi Kes-kes Kematian dan Sakit Tenat atau Death and Critical Illnes Emergency Visits (DCEV), jelas Hishammuddin di Facebooknya.

Dalam pada itu, ujar Hishammuddin lagi, Kedua-dua negara telah bersetuju mengenai Garis Panduan Skim DCEV yang bakal dilaksanakan bermula 17 Mei 2021.

Perincian syarat dan prosedur akan dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura, katanya. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat