COVID-19: Fauci Saran India Laksana Perintah Berkurung Beberapa Minggu

INDIA seharusnya mengenakan perintah berkurung untuk beberapa minggu bagi meredakan kenaikan mendadak kes COVID-19 di negara itu.

Ketua Penasihat Pandemik Amerika Syarikat (AS) Anthony Fauci menegaskan, perkara utama yang perlu dipastikan dalam masa terdekat adalah untuk mendapatkan bekalan oksigen dan peralatan perubatan yang mencukupi

Jelasnya, dasar untuk perintah darurat juga perlu dilaksanakan dalam usaha membendung wabak itu bagi memastikan penularan dapat dikurangkan.

“Yang paling penting dalam masa terdekat ini adalah untuk mendapatkan oksigen, bekalan, ubat-ubatan, PPE dan lain-lain keperluan seumpamanya,” beliau dipetik berkata akhbar Indian Express pada Sabtu.

“Juga, tidak kurang pentingnya untuk segera dilakukan adalah, mengenakan perintah penutupan.

“Dan, jika kita tutup, kita tak perlu tutup hingga sampai enam bulan. Kita boleh kenakan penutupan sementara bagi menghentikan kitaran penularan.

“Tiada siapa suka negara ditutup. Tetapi jika ia hanya untuk beberapa minggu, kita mungkin boleh dapat kesan yang signifikan terhadap dinamika wabak itu,” kata Fauci.

Terdahulu, kerajaan India yang dipimpin Narendra Modi menolak untuk mengenakan perintah berkurung.

Ia selepas perintah berkurung setahun yang lalu menyebabkan impak ekonomi yang buruk.

India mencatatkan lebih 400,000 kes jangkitan baharu pada Sabtu dan sebanyak tujuh juta kes jangkitan dalam bulan April.

Beberapa negeri telah mengenakan sekatan pergerakan dan larangan aktiviti terutama di wilayah barat iaitu Maharashtra dan New Delhi.

Ia turut menyaksikan perkhidmatan kesihatan negara itu berada pada tahap kritikal.

– Astro Awani

Topik Hangat

Lantangnya Suara Seorang Gadis

Oleh: Zuraida Kamaruddin Beberapa minggu lepas kita dikejutkan dengan pendedahan seorang pelajar sekolah bernama Ain Husniza Saiful Nizam (17 tahun) tentang terdapat seorang guru disekolahnya...

Tak guna ada PM popular tapi rekod buruk – Ku Li

KUALA LUMPUR - Negara perlukan Perdana Menteri yang berkemampuan, berkaliber dan menjadi kebanggaan bukannya wajib memilih Presiden UMNO untuk isi jawatan nombor satu itu. Pengerusi...

Tular Video Peniaga Melutut Rayu Bertemu MB Kedah Bertujuan Tidak Baik – Afnan Hamimi

ALOR SETAR - Penularan klip video memaparkan seorang lelaki yang didakwa melutut dan merayu untuk bertemu Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor bagi meluahkan...

Berita Berkaitan

Mesyuarat Tergempar OIC Esok Susulan Serangan Israel Ke Atas Al-Aqsa

JEDDAH – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan mengadakan mesyuarat tergempar esok atas permintaan Palestin ekoran kejadian serangan Israel di Al-Quds. Mesyuarat tergempar itu akan diadakan...

Masyarakat Antarabangsa Perlu Tekan Israel Henti Pencerobohan – Duta Palestin

KUALA LUMPUR - Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali mendesak masyarakat antarabangsa untuk memberi tekanan kepada Israel supaya menghentikan pencerobohan terhadap penduduk Palestin...

Perkahwinan Dibatalkan Hanya Kerana Pengantin Lelaki Gagal Hafal Sifir Dua

TIDAK ramai terfikir mereka perlu mengambil ujian matematik pada hari perkahwinan mereka. Namun seorang bakal pengantin lelaki dipaksa lakukan demikian sebaik tiba di rumah pengantin...