Reaksi Dr Akmal buatkan Kerajaan Perpaduan berada dalam keadaan sukar, liabiliti – DAP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Reaksi Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh terhadap kontroversi stoking kalimah Allah secara tidak langsung meletakkan Kerajaan Perpaduan dalam keadaan sukar.

Seorang pemimpin DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau malah menganggap reaksi Ketua Pemuda Umno itu sebagai satu liabiliti kepada Kerajaan Perpaduan.

Cheng Hau berkata, beliau faham kemarahan dalam masyarakat Islam dan mempertahankan hak mereka untuk menyuarakan bantahan berhubung isu itu.

Bagaimanapun, katanya reaksi Akmal yang menggesa boikot seluruh negara terhadap rangkaian kedai serbaneka KK Mart, mengimbas kembali sikap sayap Umno berkenaan sebelum PRU12.

Jelas Cheng Hau, Pakatan Harapan (PH) perlu menguruskan kumpulan konservatif dalam Umno dan juga penyokong progresifnya sendiri.”Sebelum 2008, Pemuda Umno dilihat sebagai “pembuli”, katanya.

Beliau juga mengimbas kembali kejadian pada 2001, apabila Pemuda Umno mengadakan bantahan terhadap Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya Persatuan Persatuan Cina Malaysia kerana mempersoalkan hak dan kelebihan Melayu dan Bumiputera.

Katanya, Umno dan Barisan Nasional terpaksa membayar “harga yang mahal” pada pilihan raya umum itu, yang menyaksikan gabungan berkenaan kalah di Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

“Kelihatannya Pemuda Umno ketika ini masih hilang sentuhan dan enggan berubah mengikut masa,” katanya lapor FMT.

Ujar beliau lagi, parti politik seharusnya menjauhkan diri dari topik sensitif dan menyerahkan kepada NGO untuk mewakili rakyat dalam isu seperti itu.

“Apabila parti politik terlibat, ia menjadi pedang bermata dua,” katanya.

Cheng Hau berkata, reaksi Akmal dalam isu stoking itu meletakkan Pakatan Harapan (PH) di kedudukan sukar, kerana ia perlu menguruskan kumpulan konservatif dalam Umno dan juga penyokong progresifnya, yang didakwanya “semakin kecewa” dengan Kerajaan Perpaduan.

“Soalan yang perlu ditanyakan, adakah pendirian Akmal adalah bagi menarik sokongan orang Melayu bagi mengimbangi dengan kehilangan sokongan bukan Melayu.

“Inilah persoalan yang perlu mereka (PH) lihat. Tiada siapa boleh membantu kecuali diri mereka sendiri,” katanya.

Katanya, situasi itu dilihat lebih memberi kelebihan kepada pembangkang, yang dilihat mengambil pendekatan dengan imej lebih reformis.

“Ada alasan strategik mengapa Perikatan Nasional (PN) tidak bersuara berhubung isu stoking ini,” katanya.

Pada Ahad lalu, parti komponen PN, PAS berkata ia tidak akan menyertai gerakan memboikot KK Mart.

PAS berkata ia mahu tindakan tegas dikenakan terhadap pihak yang terbabit dengan isu itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat