Kerajaan Arab Saudi tawar 700 biasiswa untuk pelajar Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Jalinan persahabatan dua negara diantara Malaysia dan Arab Saudi terus diperkukuh menerusi program pendidikan.

Pegawai Diplomatik Pendidikan Kerajaan Arab Saudi di Malaysia, Dr. Fahad Al-Shammari memberitahu bahawa pihaknya menyediakan sebanyak 700 biasiswa bagi pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di Arab Saudi.

“Kami sudah menubuhkan platform untuk pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di Arab Saudi.

“Sebanyak 700 biasiswa bagi sarjana muda dan lepasan ijazah untuk melanjutkan pelajaran mereka dalam pengkhususan dan bidang yang berbeza,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ‘Majlis Iftar dan Silaturrahim’ bersama pengamal media, di Pejabat Atase Agama Kedutaan Arab Saudi, di sini hari ini.

Selain itu katanya melalui program biasiswa ini juga pihaknya percaya dengan pertukaran sejarah dan budaya dua negara ini akan merapatkan lagi hubungan persahabatan Malaysia dan Arab Saudi.

“Sebenarnya kami sedang bekerjasama dengan universiti-universiti di Malaysia, tentang pertukaran pelajar dan pertukaran pensyarah, harapan kami dapat mencapai matlamat dalam masa terdekat ini,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat