KUALA LUMPUR – Tiada penganjuran rumah terbuka Aidilfitri di Seri Perdana tahun ini, umum Perdana Menteri.
Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya memberitahu, beliau akan akan menyertai dan menghadiri majlis di negeri-negeri yang dianjurkan oleh menteri-menteri.
Anwar yang juga menteri kewangan, mengingatkan agensi kerajaan supaya lebih berhemat dan menganjurkan majlis Hari Raya yang sederhana.
“Sila jangan berlumba-lumba untuk menganjurkan majlis yang lebih besar dan mewah. Itu bukan duit anda pun,” katanya berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Kementerian Kewangan pada Selasa.
Pada masa sama Anwar mengingatkan agensi kerajaan supaya lebih berhemat dan menganjurkan majlis hari raya dalam skala sederhana.



