E-mail pembaca: Syed Saddiq Tertekan Pulih Imej

- Advertisement -

Saudara Pengarang,

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini memuat naik hantaran di media sosialnya mendakwa kerajaan tidak menghulurkan peruntukan di kawasan Muar.

Dakwa Syed Saddiq, kerajaan sengaja tidak memberikan peruntukan kepada pihak pembangkang kerana mahu membalas dendam.

Dakwaan itu bukan kali pertama dilontarkan oleh Syed Saddiq.

Namun, kerajaan menafikan dakwaan berkenaan dan menjelaskan peruntukan sebanyak RM300 juta telah diberikan kepada Muar menerusi pelaksanaan puluhan projek.

Maka, adakah dakwaan Syed Saddiq itu hanya cuba menarik semula perhatian rakyat terhadap dirinya selepas beliau terpalit dengan skandal wang sebelum ini?

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03/1224542/tpm-fadillah-nafi-parlimen-muar-tak-disalur-peruntukan

Syed Saddiq adalah seorang ahli politik yang populis dan suka mengangkat isu-isu semasa untuk menarik perhatian rakyat.

Beliau mahu menonjolkan dirinya sebagai seorang pemimpin yang peduli dengan masalah rakyat.

Disebabkan itu, Syed Saddiq menggunakan naratif peruntukan sebagai bahan wacananya mempertikaikan kredibiliti kerajaan demi mengangkat semula martabatnya sebagai ahli politik.

Perbuatan Syed Saddiq yang berulang kali memuat naik videonya menghantar bantuan kepada penduduk Muar, menunjukkan beliau mungkin berharap dapat mengubah persepsi orang ramai terhadap dirinya dan menyemai kembali kepercayaan mereka.

Skandal wang bukan satu perkara normal dalam negara ini.

Bagi rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang mengharapkan integriti dan komitmen daripada pemimpin mereka, tindakan seorang ahli politik yang terlibat dalam skandal wang dapat dilihat sebagai pengkhianatan terhadap kepercayaan orang ramai serta merosakkan pembangunan negara.

Maka, Syed Saddiq mungkin merasakan tekanan yang tinggi untuk memulihkan imejnya dan menarik semula sokongan rakyat setelah terpalit dengan skandal wang.

https://www.sinarharian.com.my/article/633753/berita/semasa/syed-saddiq-bersalah

Tekanan itu turut menyebabkan Syed Saddiq membuat tindakan kurang wajar apabila memuat naik hantaran yang mendakwa beliau adalah pencetus idea untuk membina projek Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) di Muar.

Syed Saddiq mendakwa cetusan idea TMIYC itu datangnya daripada keluhan golongan belia berkenaan kemudahan sukan di Muar selain beliau memantau perkembangan projek tersebut setiap bulan.

Namun, dakwaan itu segera dinafikan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta kerajaan Johor yang menegaskan projek itu adalah cetusan idea Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Mereka turut menegaskan projek itu mampu disiapkan kerana pemantauan berterusan yang ketat antara KBS dan kerajaan Johor setiap bulan.

Sebelum ini, wujud laporan bahawa TMIYC di Muar terabai sehingga memaksa Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menggesa kontraktor bertanggungjawab menyiapkan projek itu mengikut masa diberikan.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/03/16/projek-tmiyc-pulih-selepas-amaran-mb-johor-bukan-pemantauan-ahli-parlimen-muar-kata-menteri/

https://www.kosmo.com.my/2023/12/22/video-projek-di-johor-perlu-siap-ikut-masa-onn-hafiz/

Syed Saddiq sedar inilah masanya untuk menarik perhatian rakyat, selagi beliau masih memegang status ‘rayuan kes’.

Beberapa kenyataannya yang membangkitkan isu nasional dilihat terlalu ‘huru-hara’ dan tidak berlandaskan fakta sebenar.

Antaranya adalah dakwaan Syed Saddiq yang mengatakan kerajaan tidak memberi peluang kepada pembangkang untuk menyuarakan pandangan di media sosial.

Syed Saddiq mendakwa peningkatan kandungan daripada pihak pembangkang yang diturunkan oleh kerajaan adalah sebanyak 40 kali ganda.

Namun, menurut data dikeluarkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), berita palsu mencatatkan bilangan kandungan paling tinggi yang diturunkan pada 2022 dan 2023.

Tuntasnya, Syed Saddiq mungkin mendapati dirinya terdesak untuk meraih semula perhatian pengundi kerana kepentingan politik dan dirinya yang terpalit skandal wang.

Namun, keberkesanan dan kesesuaian strategi yang digunakan oleh Syed Saddiq untuk mencapai matlamat tersebut masih menjadi tanda tanya.

Bagi sesetengah pihak, tindakan mencipta sensasi atau kontroversi untuk menarik perhatian pengundi boleh dilihat sebagai tindakan yang tidak bermoral atau kurang bertanggungjawab daripada Syed Saddiq.

Mereka mungkin berharap agar pemimpin politik seperti Syed Saddiq lebih memberi fokus kepada isu-isu penting dan memainkan peranan yang konstruktif dalam pembangunan negara, bukan sekadar mengaut populariti semata-mata.

Oleh,
Muhammad Junaidi Ab Ghani
Shah Alam

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat