Mekanik menang Ducati Panigale V4S sempena RXZ Fighters

- Advertisement -

KUANTAN: ‘Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tidak siapa yang tahu’, Itulah perumpaan yang sesuai kepada seorang mekanik yang memenangi hadiah utama sempena RXZ Fighters yang berlangsung selama dua hari bermula semalam, di sini.

Mohd Hidayat Alimin, 37,  berasal dari Kuantan membawa sebuah Ducati Panigale V4S yang bernilai RM130,000.

Cabutan hadiah utama dan penyampaian hadiah dilakukan oleh Exco Komunikasi, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Tuan Fadzli Mohamad Kamal.

Selain Ducati Panigale V4S, dua buah motosikal RXZ yang bernilai RM25,000 dan RM30,000 juga menanti para peminat permotoran seluruh tanah air.

Sementara itu, Fadzli Mohamad Kamal berkata, penganjuran hari ini berjaya mengumpulkan 50,000 peminat permotoran  seluruh tanah air.

“Program yang berlangsung selama dua hari ini telah merancakkan ekonomi negeri Pahang,

“Ramai yang mendapat manfaat, bengkel-bengkel, tauke-tauke motor mendapat kesan ekonomi daripada program ini,

“Program ini juga merancakkan sektor pelancongan di mana hotel, homestay penuh dengan tempahan, restoran di sekitar Kuantan penuh dengan pelanggan, terima kasih kepada saudara-saudari yang menyokong program anjuran Kerajaan Negeri Pahang ini,” kata ketika menyampaikan ucapan.

Dalam pada itu, kata Fadzli lagi, penganjuran RXZ Fighter adalah bagi mendidik peminat dan penunggang motosikal menjadi pengguna jalan raya yang berhemah

Jelas beliau, itu antara hasrat kerajaan Pahang yang menganjurkan acara terbabit selama dua hari.

Menurut Fadzli lagi, penganjuran RXZ Fighters akan diteruskan dimasa akan datang dan akan ditambah baik penganjurannya.

“Yang penting kita hendak mendidik penunggang motosikal, bukan sahaja penunggang RXZ, tapi juga motosikal yang lain agar sentiasa berhemah.

“Pandu cermat, hormat pengguna jalan raya lain, sebab itu dalam (rakaman) video, kita sentiasa utarakan soal disiplin di atas jalan raya ini,” katanya kepada media.

Tambahnya lagi, sempena RXZ Fighters yang  berlangsung hari ini, meskipun para peserta bersemangat untuk berhimpun pada program RXZ Fighter namun tanggungjawab kepada agama tidak diabaikan.

Katanya, Peserta RXZ Fighter bersama-sama dalam program Subuh Warrior Subuh Macam Jumaat yang diadakan di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 dan Masjid Kampung Padang di Kuantan.

“Walaupun kita dalam suasana gembira, semangat untuk menjayakan himpunan RXZ Fighter ini jangan sekali-kali kita lupa amanah dan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini.

“Dan hari ini kita disambut meriah oleh jawatankuasa Masjid Negeri yang menyediakan makanan yang enak-enak, kambing pun ada pagi ini, meraikan peminat RXZ yang hadir dari seluruh negara di Kuantan sempena event RXZ Fighter ini.

“Apa pun kita mesti hormat kepada orang tua, hormat kepada pengguna jalan raya yang lain, katanya”.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat