Zahid setuju cadangan Wahid hapus diskaun Bumiputera beli kediaman mewah

- Advertisement -

PUTRAJAYA -Hanya golongan Bumiputera berpendapatan rendah sahaja layak mendapat diskaun pembelian rumah mampu milik dan rumah kos rendah.

Ini sekali gus menghapuskan diskaun kepada Bumiputera untuk pembelian kediaman mewah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersetuju dengan Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar menyarankan penghapusan diskaun kepada bumiputera untuk pembelian kediaman mewah.

“Saya fikir apa yang beliau nyatakan itu ialah tumpuan kepada pembiayaan pembelian rumah.

“Rumah mampu milik dan rumah kos rendah ini adalah bagi menyantuni keperluan.

“Keperluan rumah berkenaan dengan kuasa beli yang terhad maka diskaun itu harus diberikan tetapi tidak kepada mereka yang berpendapatan tinggi ataupun yang berada di tahap middle income group yang melebihi daripada apa yang sepatutnya diperolehi untuk subsidi berkenaan,” jelas Zahid ketika sidang media di Putrajaya pada Sabtu.

Terdahulu Wahid yang juga bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang bertanggungjawab bagi Unit Perancang Ekonomi (UPE) itu berkata agenda pemerkasaan bumiputera akan berjaya jika perlaksanaannya berdasarkan keperluan dan kelayakaan.

“Kalau kita nak berikan diskaun kepada bumiputera yang hendak beli banglo bernilai RM2 juta itu tidak sesuai dan tidak berdasarkan kepada keperluan.

“Sebab apabila kita melaksanakan polisi sebegini ia akan mendatangkan ketidakpuasan hati dalam kalangan bukan bumiputera.

“Ini bermakna berdasarkan kaum dan tidak kepada keperluan,” katanya pada Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 di Putrajaya, petik Malaysiakini.

Wahid yang juga bekas CEO Maybank mencadangkan dana dikumpul daripada hasil diskaun tersebut digunakan untuk membantu mereka yang berpendapatan rendah membeli rumah.

“Jangan beri diskaun (beli banglo mewah) dan ia (dana itu) harus dimasukkan ke dalam tabung perumahan untuk pemilikan tanah rakyat yang kurang berkemampuan.

“Apabila kita melaksanakan polisi berdasarkan keperluan insya-Allah akan mendapat sokongan oleh semua dan lebih berkesan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat