Tun M lebih hebat, cuma perlu 7 hari dapatkan pengampunan penuh untuk Anwar – Tun Faisal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa lebih hebat berbanding Perdana Menteri kerana berjaya mendapatkan pengampunan penuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Ahli Jawatankuasa Badan Pimpinan Negeri, Bersatu Wilayah Persekutuan, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, Dr Mahathir hanya memerlukan tempoh 7 hari sahaja selepas angkat sumpah Perdana Menteri untuk mendapatkan pengampunan penuh daripada Lembaga Pengampunan untuk membebaskan Anwar dari penjara.

“Tun M selesaikan urusan pengampunan Anwar dalam masa 7 hari sahaja selepas mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri.

“Anwar? (ambil masa) 14 bulan selepas angkat sumpah baru dapat uruskan,” kritiknya di Facebook pada Jumaat.

Tun Faisal juga mempertikai kualiti pengampunan yang antara dirunding Dr Mahathir untuk Anwar dan Anwar untuk Datuk Seri Najib Razak.

“Dari segi kualiti Tun M berjaya dapatkan pengampunan penuh Anwar.

“Sedangkan Anwar hanya mampu dapatkan kurangkan separuh tempoh dan denda Najib,” kata Tun Faisal.

Justeru, beliau membuat kesimpulan bahawa Dr Mahathir lebih hebat, lebih pantas buat kerja, lebih efektif dan kualiti kerja lebih bagus berbanding Anwar.

“Kerja Anwar – slow, tak efektif dan gagal dapatkan pengampunan penuh. Punyalah lembab, sampai nak umumkan keputusan pun makan masa beberapa hari. Nak umum keputusan je kot,” bidas Tun Faisal.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat